Literasi Digital Komuniti Orang Asli (KOA) Kg. Sungai Pergam

Anjuran Jabatan Sains Komputer FKMPT bersama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan & ADUN Kawasan Air Putih Kemaman

Anjuran program pada 12 April 2025 ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pemahaman masyarakat orang asli dalam menggunakan teknologi digital. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti orang asli tetapi juga dapat memberikan pelajar pengalaman yang berharga dalam mengasah kemahiran mereka, dan memupuk nilai-nilai kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial.

Sekalung tahniah buat semua Pensyarah Jabatan Sains Komputer dan pelajar di atas usaha menjayakan program ini dan membantu komuniti luar berkenaan pengetahuan digital masa kini.