ART & DESIGN GALLERY
Fakulti Komputer, Media & Pengurusan Teknologi, UC TATI dengan bangganya mempersembahkan Galeri Art & Design, sebuah ruang inspirasi yang mempamerkan hasil karya kreatif pelajar dan ahli akademik dalam bidang seni dan reka bentuk. Galeri ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan bakat serta inovasi dalam seni visual, reka bentuk grafik, multimedia, dan industri kreatif, tetapi juga bertindak sebagai pusat apresiasi seni bagi komuniti kampus dan masyarakat luar.
Dibuka kepada umum, galeri ini menampilkan pelbagai koleksi menarik termasuk fotografi, lukisan dan illustrasi, periklanan, rekaan identiti korporat, reka bentuk pembungkusan, dan animasi. Dengan wujudnya Galeri Art & Design, UC TATI terus komited dalam memperkasakan kreativiti dan inovasi selaras dengan perkembangan industri reka bentuk kreatif.




