Art & Design Activity Day V10
Department of Art and Design Activity Day V10.0
Pada 17 Julai 2023 telah berlangsung Art & Design Activity Day V10 dengan jayanya bertempat di Kampus UC TATI. Seramai 302 orang pelajar dan 12 orang kakitangan daripada Jabatan Art & Design, FKMPT, UC TATI telah bersama-sama memeriahkan program ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik untuk menyemarakkan sikap kerjasama antara pelajar & penasihat akademik sekaligus dapat melahirkan generasi mahasiswa dan mahasiswi yang berdaya saing serta mampu berdikari di masa hadapan.
Selain itu, tujuan program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan penasihat akademik jabatan Art & Design.







